Puteri Awani Ahmad Memohon Maaf

Puteri Awani Ahmad Memohon Maaf

Kongsi Artikel ini
Puteri Awani Ahmad

Puteri Awani Ahmad

Assalamualaikum.

Kelmarin video mengenai seorang gadis yang bercinta seminggu dengan teman lelakinya menjadi “viral” di laman-laman sosial seperti facebook, twitter, dan youtube. Saya sendiri melihat banyak rakan-rakan LIKE dan SHARE di wall masing-masing.

Bagi saya, mungkin apa yang beliau lakukan tidak elok dan ramai yang tidak suka. Tetapi tak perlulah nak mengaibkan dia sampai macam tu sekali. Terlalu banyak komen negatif yang diberikan, sedangkan kita tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Gadis malang tersebut bernama Puteri Awani Ahmad, dan beliau telah memberikan penjelasan panjang lebar mengenai penyebaran video tersebut. Boleh baca entry tersebut di blog beliau di http://puteriawaniahmad.blogspot.com/

Inilah masalah masyarakat kita, suka mengaibkan orang lain. Tidak hairanlah, jika cara berpolitik pun begitu…

Adakah dengan menonton video 3-5 minit kita sudah boleh menilai baik buruk seseorang? Jika ya, bolehkah kita faham jalan cerita drama Sinetron Indonesia yang mempunyai 200 episod dengan hanya menonton 5 minit episod terakhir drama tersebut?

Pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini adalah, jangan suka membuka aib orang. Tak perlu nak kongsi semua perkara tanpa merujuk daripada tuan punya badan, sedangkan banyak hadis-hadis palsu disebarkan inikan pula video seperti ini.

 

+ Jika ada yang terkutuk tu, silalah mohon maaf. 

3 thoughts on “Puteri Awani Ahmad Memohon Maaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


7 − = 6

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge